Powered By Blogger

Saturday 28 May 2011

Arie Mingguku Di Kampung....

Salam Sumew......
minggu nie aq blik kg di melaka....otw blik kg singgah jap kat gemenche uma bekas ocs aq kije kawen...
settle makan aq gerak blik umah...ptg lepak ngan family siap melalak ( karaoke ) sampai puas....malam plop layanz citew "Aku Tak Bodoh" dgn adik2....banyak r blh diambil sebagai pegajaran n ilmu bilew bekeluarga t...k la sok aq da nak gerak blik kajang ngan nenek n adik aq.....semoga Tuhan selamatkan perjalanan kami...amiiiin.

Sunday 22 May 2011

AKAL DAN HATI BERBICARA TENTANG CINTA

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam…
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam…

Akal bertanya sekali lagi. 

 Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi…


 Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk…


Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala…

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis… Sepi… Kesal…

Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?

Dipetik Dari Minda Tajdid ........

Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri.
 Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan
 keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti 
kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan 
itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu 
adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir 
sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya 
dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.


berdoa3.jpg



Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat 
dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya
 tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia
 berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia 
hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam 
jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.


Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


**** Ya Allah aku menadah tangan sujud padaMu....ampunilah segala dosa-dosaku kecil mahupun besar
        seseungguhnyew aku hanyalah hamba yang lemah , kecil dan kerdil disisiMu...Kau berikanlah kekuatan 
        pada aku dari segi jasmani , rohani , fizikal dan mental untuk menempuh hidup diduniaMu penuh
       pancaroba...semoga Kau perkenankan doa hambaMu ini....

                                                                                                                                 Amiiin...........

Saturday 21 May 2011

Apa Itu Fotografi????


Fotografi di dalam Bahasa Inggeris – Photography. Perkataan ini berasal dari Bahasa Greek Purba dimana ‘photo’ bermaksud cahaya dan ‘graph’ bermaksud melukis. Jadi, di sini,photography bermaksud melukis dengan cahaya. Sememangnya perkataan ini menjelaskan dengan tepat apa itu fotografi.
Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai perkara asas bidang fotografi, anda boleh rujuk artikel di dalam Bahasa Inggeris di sini – http://scphoto.com/html/history.html
Adakalanya, di dalam Bahasa Melayu, fotografi juga disebut sebagai seni foto. Namun, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengiktiraf perkataan fotografi ini sebagai satu perkataan Bahasa Melayu yang sama erti dengan photography.


Salam Perkenalan Dari ku..

Assalamualaikum , salam 1 malaysia , salam 1 perpaduan dan salam perkenalan...


Daksanie nie masih baru g dalam blogger nie so baru nak testing2....if dew salah silap harap diajarkan....
Sebelum 2 beaw r daksanie perkenalkan diri yang basic2 jew k....


Daksanie dilahirkan pada 12julai pada jam 1642hrs di HBM...kemudian dibesawkan di Jb dan Melaka Bandaraya Bersejarah...anak ke-3 daripada 10 adik beradik (5B 5G ). My dady pesara tentera n sekarang berniaga bersama my mum di jeti pelabuhan melaka . Mendapat pendidikan awal di Sek. Tabika Tambak Paya , Sek. Keb Tambak Paya Melaka kemudian melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Meb. Air Molek n sambung form 6 di Smk Seri Kota Melaka.Pada 01/04/07 bermula tugas sebagai pekerja gov under KDN di PLPZS Bakri muar . Pada 06/12/2007 bertugas di tempat baru di Pulai Chondong Machang Kelantan.pada 02/07/09 hadir kursus Communication Technical di PLP Sarawak selama setahun. Pada 03/01/2011 mula ditukarkan di tempat baru di Jabatan Logistik Komunikasi Bukit Aman sebagai Communication Technical sehingga sekarang. 


Oklah e2 jew wat mase nie daksanie boleh kongsi..nanti akan diupdate g k....


Salam n jumpew g sumew.....bye bye.....