Powered By Blogger

Monday 25 July 2011

Dia Datang Lagi!!!!!!!!!!!!

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN
01 RAMADHAN 1432 HIJRAH
01 OGOS 2011

Pada semua sahabat yang dikasihi, selamat mennyambut dan meraikan kedatangan RAMADHAN AL-MUBARAK yang dinanti-nanti.
Bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada PERMULAANNYA adalah RAHMAT. Pada PERTENGAHANNYA adalah PENGAMPUNAN dan pada PENGHUJUNGNYA adalah PEMBEBASAN DARI SEKSAAN API NERAKA JAHANAM!
Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari Ramadhan yang lalu kerana kejahilan kita selama ini semasa menjalani ibadah puasa.
Moga semua diberi kesihatan yang baik, bertambah keimanan dan ketakwaan.
Moga mendapat kelapangan, ketenangan hati dan perasaan semasa menjalani ibadah puasa dan seterusnya.
Moga diberi kekuatan oleh Allah dan merasa seronok untuk melakukan segala ibadah fardu dan sunat dengan baik.
Yang paling penting, moga ibadah puasa dan semua amal ibadah kita diterima Allah, bertambah iman dan berbahagia di dunia dan akhirat...


  • Ramadhan, selayaknya di panggil bulan mulia, sebabnya:-
  • Di dalamnya al-Quran diturunkan. Rasulullah menerima wahyu dalam bulan Ramadhan dan Jibril hadir pada Baginda untuk menyemak pemahaman Baginda setiap Ramadhan.
  • Puasa di bulan ini adalah salah satu dari Rukun Islam.
  • Bulan di mana umat Islam dilatih untuk bersabar, bukan saja menahan lapar dan haus, tapi juga nafsu nafsi lain.
  • Masa terbaik untuk melihat perubahan diri adalah di bulan ini. Menurut ustaz saya, kalau nak tahu taubat/ibadat kita diterima atau tidak, tengoklah sikap kita pada bulan Ramadan. Kalau masih sama je macam dulu, paham2 sendirilah…
  • Bulan kita berukhwah. Siang2 hari mungkin ada tazkirah di pejabat, malam2 pula ke masjid berterawikh.
  • Bulan rezeki. Peniaga2 makanan di pasar Ramadhan dan peniaga2 barang persiapan raya.. masyuukk

  • Antara cara untuk menyambut Ramadhan (bukan sambut raya):-
  • Berdoa dan bersyukur pada Allah kerana ditemukan lagi dengan Ramadhan kali ni
  • Bergembira dengan kedatangan Ramadhan. Rasulullah bersabda “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka”.
  • Revise dan belajar balik tentang hukum2 di bulan puasa. Apa benda membatalkan puasa, apa benda yang sunat dibuat, etc.
  • Bertaubat.
  • Buat projek Ramadhan dengan anak2 supaya mereka seronok dengan kedatangan Ramadhan, tak ada la rasa susah hati sebab tak boleh makan.
  • Siapkan agenda apa nak buat sepanjang Ramadhan ni, i.e. tadarus,tazkirah, terawikh etc.


Friday 22 July 2011

Kenalilah Dan Hargailah Lelaki @ BF Kamoo......

Jika kamo ingin mengenali lelaki @ Bf kamoo bacalah n fahamilah fakta ini...walaupon tidak 100% sahih tapi hampir 99.9% adalah benar n wujud :-

Jika seseorang lelaki telah jatuh cinta n menyayangi sesorang gurlz dengan sepenuh ati dye kitew akan dapat lihat perubahan yang mendadak berlaku.Jika dulu orang cakap dye ganas or ati keras tapi akan jadi selembut kapas n lilin yang cair.Ada jugak yang sanggop mengorbankan apa sahaja demi gurlz too walaupon terpaksa ikat perot.....

Jika ada lelaki yang sanggop n pernah menjatuhkan airmata kepada gurlz hargailah lelaki tersebut kerana jika tiada kejujuran dalam ati lelaki tersebut bukan mudah untuk buat demikian.kadang kala lelaki sanggop berpura gelak untuk tahan air mata n kesedihan ibarat kaca di mata dan hatinya demi melihat gurlz too bahagia n happy.....




Jangan disangka bila terjadinya perpisahan lelaki tidak akan bersedih n kecewa.walaupon lelaki ini nampak kuat n macam x kesah perpisahan ini bukan kerana ego tetapi kerana sifatnya yang tidak ingin melihatkan kesedihan dihadapan orang yang disayanginya.Lelaki lebih suka memendam n teroz memendam kesedihan keseorangan..... 

Walau sekeras mana hati lelaki , airmatanya akan tetap mengalir apabila hatinya dihiris n dilukai.Kepada kaum wanita jangan diambil kesempatan diatas pengorbanan lelaki itu kepada kamoo.Jika lelaki itu tidak boleh membahgiakan kamoo berteros teranglah n lepaskanlah dya dengan penuh hormat dan bukan makian dan cacian dilemparkan.Berilah sedikit peluang dan masa untuk mengimbau kenangan bersama n pengorbanan sepanjang perhubungan.Tiada siapa yang inginkan kekecewaan n kesedihan..."Fikirkanlah Sejenak"